Garam Sumac Premium

Imaan Suci World

  • $15.00
    Unit price per 
  • Saved $-15

Only -3 left!

Garam Sumac adalah 100% campuran garam himalaya (mineral bumi) dan buah dari pokok Sumac. Bahan-bahan alami yang memang halal, walaupun ia sedang dalam proses mendapat status halal Jakim. Ianya mengambil masa.

Mahupun begitu, pengesahan produk adalah selamat dari bahan kimia terlarang telah dikeluarkan oleh Melaka Biotechnology.

Harga Garam Sumac sekarang masih untuk promosi pengenalan dan akan berubah.

Imaan sentiasa komited menawarkan produk yang selamat dan suci.

----------------------------------

KENAPA GARAM SUMAC JADI PILIHAN

3 sebab utama adalah

1. Penambah rasa makanan semulajadi 
2. Buat lauk pauk tahan lebih lama
3. Manfaat kesihatan dalam garam Himalaya dan rempah Sumac

Ramai yang dah tahu mengenai kebaikkan Garam Himalaya dan 84 mineral nya pada kesihatan.

Jadi jom kita fokus kepada benefit Sumac. Rempah Sumac dikategorikan sebagai "Super Food" yang mempunyai nilai ORAC antara yang paling tinggi.

Tapi apa itu ORAC?

O - Oxygen
R - Radical
A - Absorption/Absorbance/Antioxidant 
C - Capacity

ORAC ialah "Oxygen radical absorption capacity" bermaksud penyerapan radikal oksigen.

ORAC bertujuan mengukur potensi untuk memusnahkan radikal bebas daripada makanan yang tertentu. Lebih tinggi nilai ORAC maka lebih kuat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh.

Radikal Bebas adalah bahan perosak tubuh yang bertindak ke atas sel. Ia masuk ke dalam tubuh melalui pemakanan dan pencemaran di sekeliling kita.

Radikal Bebas adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik termasuk serangan jantung dan barah.

 


We Also Recommend

TOP