Jamu Ratu Malaya

Silky Sunscreen

Kulit licin bak sutera, seindah itu yang Bonda berikan nama produk

Solekan asas dan pelindung dari kerosakan muka dari rosak dan cepat tua. Semuanya dari gabungan herba-herba terbaik dari eropah dan brazil.


Sangat terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Bahan-bahannya
daripada Lilin lebah (Bee wax), Palma Brazil dan bunga Spilanthes Acmella.

Kelebihan Silky Sunscreen
• Mengandungi SPF 15 yang mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan B.
• Teksturnya licin bak sutera, tidak melekit dan mudah disapu pada kulit wajah.
• Melembapkan kulit wajah.
• Melindungi kulit daripada sinaran berbahaya UVA dan B.
• Mencegah kekeringan dan kemerahan kulit.
• Menyingkirkan lebihan sebum minyak dari kulit yang menyebabkan jerawat.
• Menutup parut dan mengatasi masalah kulit kusam serta tona kulit tidak sekata.

Info khasiat herba di dalam Silky Sunscreen

• Lilin lebah (Bee wax) – mengandungi Vitamin A, melembutkan,menyembuhkan dan melindungi kulit.

• Carnauba wax (dari pokok herba Palma Brazil) – Herba dari brazil ini diambil getahnya carnauba wax yang banyak digunakan dalam produk kosmetik.

Sifatnya yang melembapkan, melembutkan dan bersinar pada lapisan kulit membantu menaikkan seri wajah.

• Bunga Spilanthes Acmella – sangat berkesan untuk memutihkan, menyembuhkan dan menegangkan kulit wajah.
• Minyak zaitun (Olea Europaea) – Kaya dengan vitamin E, K dan zat besi yang sangat diperlukan untuk kesihatan kulit.

Bersifat antioksidan, anti-inflamasi membuatkan kulit lebih halus dan berseri. Minyak zaitun memberikan kelembapan, menyerap jauh ke dalam lapisan kulit serta menjadikan wajah kelihatan tidak melekit dan bersinar.

Penting ke pemakaian Sunscreen atau sunblock?

Wajib ..sebab nak jaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunscreen atau sunblock (krim pelindung cahaya matahari) adalah satu KEMESTIAN yang digunakan setiap hari.

Ia melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya seperti sinaran UVA dan B sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit dan kerosakan kolagen pada kulit yang menyebabkan kulit kendur, jeragat, pigmentasi, kurang keanjalan, penuaan pra-matang serta kulit kering.

Jadi sebelum keluar rumah, pakailah sunscreen atau sunblock yang bertindak sebagai krim pelindung yang melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan B.

Sunscreen atau Sunblock?
Fungsi suncreen dan sunblock sama sahaja. Kedua-duanya memberikan perlindungan kepada kulit wajah daripada sinaran UVA dan B yang sangat berbahaya terhadap kulit wajah. WAJIB untuk kita gunakan keranan lapisan atmosfera yang semakin menipis. Jadi kulit kita akan lebih terdedah dan berisiko untuk terbakar (sunburn) dan rosak. Lagi satu persamaannya ialah, keduanya memiliki SPF.

Apakah itu SPF?
SPF ialah Sun Protection Factor SPF mempunyai pelbagai jenis dan berbeza mengikut warna kulit. Contoh SPF seperti spf 15, spf 30, spf 48, spf 50 dan lain-lain.

Bahaya sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran Ultraviolet (UV) ada 2 jenis iaitu :

🔹️UV A – Sinaran yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

🔹️UV B - Sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn).

Silky Sunscreen mengandungi SPF 15 yang membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan B. Sangat sesuai untuk kulit normal dan jenis yang berminyak. Jika anda memiliki kulit kering, digalakkan untuk menggunakan Marjane Oil dahulu sebelum menggunakan Silky Sunscreen.

Marjane Oil memberikan kelembapan pada kulit dan penyerapannya lebih efektif dan sangat sesuai untuk merawat kulit yang kering.

Penggunaan Silky Sunscreen tahan selama 4 jam, bagi anda yang kerap terdedah kepada sinaran terik matahari dicadangkan untuk menambah menggunakan Silky Sunscreen selepas 4 jam.

Sale price Price $12.00 Regular price $14.00

Quantity